Seberang Temerloh – Penduduk Kampung Tebal di sini mula membuat persiapan banjir dengan memindahkan barangan berharga ke atas rakit yang dibina memandangkan paras air semakin meningkat sehingga petang semalam.
Penduduk Mohd Sahan Mustafa 50, berkata, banjir kali ini dijangka lebih besar dari tahun sebelumnya kerana paras air Sungai Pahang naik dengan mendadak.
“Sejak jam 5 pagi tadi air sudah sampai ke tiang rumah dan dalam tempoh kurang tiga jam air sudah hampir masuk ke dalam rumah, saya terpaksa buat rakit untuk selamatkan barangan elektrik.
“Dokumen penting kami akan bawa ke pusat pemindahan sekiranya air terus naik mala mini,” katanya semalam.
Sementara itu seorang lagi mangsa banjir Khairil Nizam Abdul Malek 25, berkata, persiapan kali ini mungkin lebih hebat kerana dijangkakan kampung tersebut akan dilanda banjir lebih besar dari 2007.
Menurutnya, bahagian dapur rumahnya sudah tenggelam dalam tempoh kurang tiga jam sejak air Sungai Pahang naik mendadak malam kelmarin.
“Kami cuba selamatkan barangan berharga seperti barangan elektrik dan yang berharga dahulu, kalau kena pindah kami jenguk barangan berharga yang tinggal di atas rakit pada sebelah malam.
Sumber
Sumber
0 comments:
Post a Comment