Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, December 27, 2014

KUANTAN : STOK BEKALAN MAKANAN PERLU DITAMBAH




Stok bekalan makanan dan barangan keperluan asas di seluruh pusat pemindahan banjir di negeri ini akan ditambah bagi memastikan bekalannya mencukupi.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata penyediaan bekalan itu perlu dipastikan mencukupi untuk kegunaan mangsa selama lima hingga tujuh hari.

Katanya, sebelum ini bekalan yang dihantar ke pusat pemindahan hanya mencukupi untuk tempoh tiga hari sahaja dan penambahannya akan dilakukan dalam masa terdekat.

"Perkara ini akan diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Kita juga memutuskan untuk menambah bekalan air dan memberi bekas penyimpanan, banyak kawasan terjejas berikutan bekalan elektrik terputus," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan di Kompleks Sukan Pahang (SUKPA) di sini, sebentar tadi.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, pihaknya akan melihat keadaan semasa di sekolah yang terjejas akibat banjir dan menjadi pusat pemindahan banjir dalam membuat keputusan sama ada untuk menangguhkan sesi persekolahan tahun depan atau sebaliknya.


0 comments:

share2