7. Berapakah kadar pemberian BR1M 2015? Kadar pemberian BR1M 2015 ditingkatkan berbanding tahun lalu. i. Bagi isi rumah yang berpendapatan kasar bulanan RM3,000 ke bawah dinaikkan dari RM650 kepada RM950. ii. Bagi isi rumah berpendapatan kasar bulanan RM3,001 hingga RM4,000 dinaikkan dari RM450 kepada RM750. iii. Manakala bagi individu bujang berpendapatan kasar bulanan tidak melebihi RM2,000 dinaikkan dari RM300 kepada RM350.
8. Bilakah tempoh permohonan baru dan mengemaskini BR1M 2015 dibuka? Tempoh permohonan baru BR1M 2015 dan mengemaskini permohonan hanya sebulan sahaja iaitu bermula 1 Disember hingga 31 Disember 2014.
9. Siapakah yang layak menerima bantuan ini? Terdapat tiga kategori permohonan iaitu: i. Ketua isi rumah yang layak (RM950) a) Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja. b) Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah: - Berkahwin; - Ibu atau bapa tunggal / balu/ janda / duda yang mempunyai tanggungan; - Bujang yang mempunyai tanggungan (dalam rumah yang sama). c) Warga emas sebatangkara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1955 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah. ii. Ketua isi rumah yang layak (RM750) a) Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja. b) Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,001 hingga RM4,000: - Berkahwin; - Ibu atau bapa tunggal / balu/ janda / duda yang mempunyai tanggungan; - Bujang yang mempunyai tanggungan (dalam rumah yang sama). c) Warga emas sebatangkara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1955 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,001 hingga RM4,000. iii. Individu yang layak (RM350): a) Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja. b) Bujang termasuk ibu atau bapa tunggal / balu/ janda / duda yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.
10. Bagaimanakah cara memohon BR1M 2015? Cara permohonan terbahagi kepada dua iaitu dengan cara kemaskini dan membuat permohonan baru. Kemaskini boleh dibuat melalui talian online http://ebr1m.hasil.gov.my dan secara manual (borang permohonan) dengan mengisi borang BK-01A (1/2015) yang boleh didapati secara percuma.
11. Di manakah borang permohonan BR1M 2015 boleh diperolehi secara percuma? Borang boleh diperolehi oleh pemohon di: i. Cawangan LHDN / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC); ii. Pejabat Daerah; iii. Pejabat JAKOA; iv. Melalui portal rasmi BR1M, LHDNM yang boleh dicetak oleh pemohon https://ebr1m.hasil.gov.my
bersambung/...
0 comments:
Post a Comment