Gambar hiasan
Seramai 103 orang pelancong yang mengunjungi Taman Negara di Kuala Telah terkandas dan tidak dapat pulang atau meninggalkan Kuala Tahan sama ada melalui jalan darat yang sudah ditenggelami air ataupun melalui sungai dengan menaiki bor kerana arus yang terlalu deras dan ombak besar.
Semalam mereka telah dipindahkan dari Mutiara Resort ke Kg. Kuala Tahan dan ditempatkan di Sekolah Menengah Sultan Haji Ahmad Shah sebagai mangsa banjir. Walaupun hanya menyeberangi Sungai Tembeling untuk ke penempatan banjir namun mereka melalui satu pengalaman yang sangat menakutkan.
Mereka cuba dibawa ke bandar Jerantut dengan menaiki pesawat helikopter namun cuaca buruk tidak mengizinkan, justeru pilihann terbaik adalah mereka terpaksa bermalam di pusat penempatan banjir khas untuk mereka.
Dimaklumkan bahawa hari ini pihak Tentera Udara Malaysia dijadualkan akan membawa mereka ke Jerantut untuk membolehkan mereka pulang ke tanah air mereka masing-masing ataupun meneruskan lawatan mereka ke destinasi-destinasi lain sebagaimana yang dijadualkan.
Terima kasih DS Hishamuddin Hussein dan pihak ATM yang sangat bertanggungjawab dan membantu. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pasukan bomba dan penyelamat kerana bersedia mengambil alih tugas dari ATM ketika pihak ATM tidak terklalu sibuk dengan operasi dikawasan lain.
Terima kasih DS Hishamuddin Hussein dan pihak ATM yang sangat bertanggungjawab dan membantu. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pasukan bomba dan penyelamat kerana bersedia mengambil alih tugas dari ATM ketika pihak ATM tidak terklalu sibuk dengan operasi dikawasan lain.
Bagaimanapun, ini bukanlah kali pertama pelancong terkandas kerana masalah banjir, namun ini adalah kali yang terburuk dalam sejarah pelancongan Taman Negara. Justeru sesuatu perlu difikirkan untuk mengatasinya dari berulang.
Keadaan cuaca buruk yang tidak dapat diramal berlaku saban tahun dan semua pihak terpaksa meghadapi risiko terutama apabila berurusan dengan warga negara lain. Mungkin sudah tiba masanya untuk kerajaan menetapkan agar pada musim-musim tengkujuh begini Taman Negara ditutup sepenuhnya dan peraturan itu hendaklah dikuatkuasakan.
Jika pulau-pulau dipantai timur semenanjung boleh menjalankan perniagaannya hanya 10 bulan dalam setahun, kenapa tidak Taman Negara? Demi keselamatan dan tanggungjawab kepada pelancong asing.
0 comments:
Post a Comment