Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, December 25, 2014

DIMANA WAKIL RAKYAT KITA ? (BHG 2)


MB Pahang DSDR Adnan Yaakob


MB, Dato' Shahaniza Adun Kuala Sentul dan Adun Luit



Dalam hujan dan meredah arus air dimusim banjir, wakil-wakil rakyat kita bergegas kesana-kemari untuk menjenguk rakyat di kawasannya masing-masing. Mereka melakukannya dengan penuh tanggungjawab sebagaimana diamanatkan kepada mereka pada pilihanraya yang lalu. Apalah gunanya menjadi wakil rakyat jika tidak dapat membantu rakyat yang menaruh harapan tinggi kepada mereka.

Wakil rakyat datang bukan dengan tangan kosong, mereka datang dengan membawa berbagai macam bantuan serta memastikan setiap nyawa berada didalam keadaan selamat. Bagaimanapun kita perlu ingat bahawa wakil rakyat hanya satu bagi setiap kawasan pilihanraya sedangkan kita sebagai rakyat ramai bilangannya. Sudah tentulah mereka tidak akan mampu memuaskan hati setiap individu namun memadai apabila dapat memuaskan hati majoriti.

Pusat-pusat pemindahan banjir dibuka dikawasan-kawasan yang sesuai dan selamat dengan diberikan penjagaan rapi terutama dari aspek kesihatan dan pemakanan. 

Wakil rakyat kerajaan sentiasa ada bersama kita disaat senang dan saat kita susah. Mereka tidak menghilangkan diri disaat kita memerlukan khidmat mereka tidak sebagaimana wakil rakyat lain yang hanya manis mulut ketika meraih undi namun setelah mendapat apa yang dihajat mereka menghilangkan diri entah kemana.

Tanyalah diri sendiri, berapa lama anda tidak nampak bayang wakil rakyat lain dikawasan anda? Mungkinkah ada penyesalan didalam hati? Tidak mengapa, kerana wakil rakyat kerajaan tidak pernah berdendam meskipun mereka pasti anda bukalah penyokong dan pengundinya, namun atas sifat kemanusiaan mereka tetap memberikan sumbangan bakti mereka tanpa rasa kecil hati dan tanpa ada diskriminasi.


Dato' Syafik Fauzan Adun Inderapura


YB Dato' Norol Azali Bin Sulaiman Adun Guai

Dato' Shahaniza Adun Kuala Sentul


Dato' Shahaniza


Dato' Abdul Rahman Ahli Parlimen Lipis


Dato' Wan Amizan Adun Tahan


Dato' Wan Amizan


Dato' Dr. Shukri Adun Pulau Tawar



Dato' Dr. Shukri Adun 



0 comments:

share2