AGAK aneh bila barisan Exco Selangor dibawah Menteri Besar ‘longkang’ yang baru, memutuskan untuk menyerahkan siasatan dakwaan ‘penyelewengan’ berjuta-juta ringgit wang MBi yang dibayar sebagai pampasan kepada 8 orang bekas kakitangan ex-MB yang dulu, Khalid Ibrahim, kepada MBi sendiri untuk menyiasat.
Perkara macam ini sepatutnya diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) untuk tujuan siasatan kerana ia disahkan kerajaan negeri sendiri ada membabitkan unsur-unsur salah guna peruntukkan.
SPRM patut masuk campur kerana ia badan bebas, yang serah semula kepada MBi untuk menyiasat tu kenapa, apa yang cuba disembunyikan?
Kata telus dan terbuka sangat, bila wujud perkara macam ini kenapa cepat-cepat sapu bawah karpet? Sepatutnya bawa SPRM masuk dan biarkan semua terdedah, nak takut apa?
Mungkinkah SPRM hanya berperanan bila dakwaan seumpamanya wujud di negeri ataupun agensi yang ada kaitan dengan BN sahaja? Yang bersangkut paut dengan pembangkang, disuruh agensi yang berkenaan itu sendiri menyiasat?
Itu satu, satu hal lagi, bagaimana barisan Exco Selangor tidak ada kuasa menyiasat agensi kerajaan negeri macam MBi? Ini setelah memetik kenyataan Azmin “(kerajaan negeri) idak boleh membuat keputusan sendiri kerana di luar bidang kuasa exco”. Macam mana tu?
Bukan Menteri Besar adalah Pengerusi MBi ke? Tak boleh buat keputusan macam mana?
Apa sekalipun, nampak sangat kerajaan negeri ini cacamarba, siasatan salah guna kuasa dalam agensi sendiri pun tak boleh nak campur tangan, macam mana tu?
Kalau dengan kerajaan persekutuan tu kang, macam-macam disuruh buat termasuk perkara yang jelas di luar bidang kuasa seperti penculikan di Sabah tempoh hari. Sekali bila wujud dakwaan dalam agensi kerajaan negeri, tolak sana, tolak sini sebab taknak pikul tanggungjawab.
Inilah jadinya bila MB asyik masuk longkang untuk cepat popular.
0 comments:
Post a Comment