Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, November 18, 2014

PAHANG DAHULUI NEGERI-NEGERI ECER




KUALA LUMPUR – Pahang terus mencatatkan kemasukan pelaburan tertinggi antara negeri-negeri dan daerah dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dengan nilai RM35,230 juta sejak penubuhannya pada tahun 2007 hingga kini.

Angka ini sahaja merupakan kira-kira 49 peratus daripada nilai keseluruhan RM72,260 yang dicatatkan oleh negeri-negeri itu yakni Pahang, Terengganu dan Kelantan, serta daerah Mersing, Johor. 

Selain Pahang dengan catatan kemasukan pelaburan RM35,230 juta; menyusul di belakang ialah Terengganu dengan pelaburan RM24,240 juta; Kelantan, RM11,170 juta; dan Mersing, RM1,610 juta.

“Sejak 2007 hingga kini, (negeri-negeri dan daerah di bawah) ECER berjaya menarik pelaburan bernilai RM72,260 juta dan berjaya mewujudkan 73,281 peluang pekerjaan kepada rakyat.

“Nilai pelaburan ini (RM72,260 juta) menandakan 66 peratus daripada sasaran pelaburan ECER yang sebanyak RM110,000 juta menjelang tahun 2020,” demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Pembangunan ECER (ECERDC) petang Isnin, 17 November, di sini.


0 comments:

share2