Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, November 23, 2014

MARAN: LIBERAL GUGAT AKIDAH UMAT ISLAM


Mohamed Arifin dan pemimpin setempat turut serta pada gotong-royong memasak bubur Asyura di Masjid Kampung Jengka Batu 13.


Chenor - Rakyat terutama golongan muda diminta menolak perjuangan golongan berfikiran liberal kerana boleh menggugat akidah dan memecahbelahkan umat Islam serta keharmonian antara kaum.

Adun Chenor, Mohamed Arifin Ismail berkata, golongan berfikiran liberal ada dalam kalangan pemimpin politik dan amat berbahaya sekiranya tidak diatasi.

Menurutnya, antara yang diperjuangkan pemimpin tersebut adalah hak asasi manusia sehingga membelakangkan hukum agama.

“Islam tidak menolak dan mencabuli hak asasi manusia, sebaliknya hanya menolak amalan hak asasi melampaui batas.

“Amalan hak asasi melampau seperti hak untuk orang Islam kufur meninggalkan agama Islam atas kebebasan beragama, hak perkahwinan sejenis dan transgender sememangnya ditolak Islam.

“Amalan ini jelas bercanggah dengan syariat dan tidak diiktiraf sebagai hak yang perlu dipelihara dalam Islam,” katanya ketika menyertai gotong-royong memasak bubur Asyura di Masjid Kampung Jengka batu 13, dekat sini.

Arifin berkata, terdapat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai matlamat menyebarkan idea dan fahaman liberal di negara ini.

Menurutnya, NGO terbabit mengangkat agenda liberalisme apabila pengasasnya merupakan pemimpin yang terlibat dalam gerakan seperti Bersih, Comango dan juga Interfaith Council (IFC).

“Umat Islam perlu berhati-hati dengan gerakan sebegini dan menguasai ilmu Islam sebelum membuat rumusan pemikiran baru,” katanya.

0 comments:

share2