Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, November 23, 2014

KUANTAN: JAIP TOLAK PERMOHONAN HOTEL


Pegawai Jaip membuat pemeriksaan ke atas bahan di sebuah hotel di Cameron Highlands.


Kuantan - Permohonan Sijil Halal sebuah hotel bertaraf empat bintang di Cameron Highlands gagal disokong untuk kelulusan kerana didapati tidak menepati prosedur dan garis panduan halal yang ditetapkan.

Pengurusan hotel berkenaan juga dikatakan tidak mengemukakan permohonan Sijil halal bagi semua dapur yang membekalkan makanan di restoran dan dewan majlisnya.

Ketua Unit Unit Pengurusan Halal, Jaip, Noridzuan Abdul Manan berkata, hotel itu juga hanya memohon Sijil halal bagi sebuah Restoran sahaja dan tidak mahu memohon untuk dapur utama yang membekalkan makanan kepada keseluruhan tetamu hotel.

Beliau mendakwa, keengganan pengurusan hotel berbuat berbuat demikian kerana mahu terus menghidangkan minuman keras untuk tetamu bukan Islam.

“Mereka turut menyediakan sebuah bar di bahagian depan Coffee House malah pegawai kita juga menemui itik yang diragui status halal kerana mirip itik yang tidak disembelih secara Islam,” katanya.

Menurutnya, Jaip mendapati permohonan bercanggah dan tidak menepati syarat dan prosedur permohonan halal bagi sebuah hotel iaitu semua dapur yang menyajikan makanan perlu memohon sijil Halal bagi mengelakkan kekeliruan pelanggan.

Katanya, jika perkara itu diambil ringan, premis boleh menghidangkan makanan tidak halal di semua bahagian hotel dan berkemungkinan berlaku penyelewengan Sijil Halal yang sudah diiktiraf.

Bagaimanapun, katanya, pengurusan hotel itu akur untuk mematuhi syarat pensijilan halal dan bersetuju memasukan dapur utama dan coffee House untuk mendapatkan permohonan itu.

“Kita terpaksa tangguhkan proses kelulusan permohonan Sijil halal hotel itu sehingga pembetulan dilaksanakan dan dimaklumkan kemudian,” katanya.

Justeru, katanya, Jaip mengingatkan hotel yang memohon Sijil halal dapat memastikan permohonan merangkumi semua dapur yg membekalkan makanan ke coffee house, ruang dapur utama dan dewan majlis.

Audit halal di hotel berkenaan dilaksanakan tujuh pegawai membabitkan kakitangan Jaip, Pejabat Agama Islam Daerah dan Jabatan Kesihatan daerah.

0 comments:

share2