Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, November 17, 2014

KUANTAN - RASUAH PENYAKIT MASYARAKAT

Ahli perniagaan dari dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina merakan kenangan bersama Mustafar (enam, kiri).



Rasuah disifatkan sebagai bukan masalah peribadi individu tertentu tetapi adalah satu penyakit masyarakat yang perlu dibendung.

Justeru, golongan korporat di negeri ini boleh memainkan peranan dalam mengekang rasuah dengan memulakan usaha itu di syarikat masing-masing.

Timbalan Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina, Pahang, Pang Woon Ping berkata, perbuatan rasuah tidak boleh diukur dengan jumlah wang kecil atau besar.

Menurutnya, pendapat mengenai pemberian duit kopi atau pemberian secara kecil-kecilan dibolehkan tetapi tanggapan berkenaan salah sama sekali dan tidak boleh dilakukan.

“Untuk melawan penyakit ini, kita perlu memulakan tanggungjawab secara kolektif dan dalam syarikat sendiri perlu ada usaha menutup dan melawan rasuah dari peringkat bawah hingga ke peringkat paling atas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penerangan dan Dialog SPRM Pahang bersama Persekutuan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Pahang, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Mustafar Ali, Presiden Persekutuan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Pahang, Tan Sri Lim Sing dan Pengarah SPRM negeri, Zainul Darus.

Katanya, niat melakukan rasuah hendaklah dibendung ketika masih awal sebelum lebih parah.

“Kita sentiasa sokong usaha SPRM melakukan perubahan melalui kaedah pendidikan dan pencegahan dan kami percaya usaha itu boleh capai matlamat bersama,” katanya.

Sementara itu, Mustafar berkata, SPRM tetap berpegang kepada prinsip dan tidak memihak kepada mana-mana pihak namun berharap kerjasama masyarakat melaporkan kes rasuah yang disyaki berlaku.

Beliau berkata, SPRM bebas menjalankan siasatan dan tidak terikat dengan mana-mana kuasa dan mereka yang memberi maklumat serta menjadi saksi turut dilindungi di bawah undang-undang.

“SPRM bebas menjalankan siasatan dan tiada istilah pilih bulu dan ‘colour blind’, katanya.

Justeru, katanya, mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes yang disyaki rasuah boleh menyalurkan maklumat kepada SPRM,” katanya.




0 comments:

share2