Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, November 25, 2014

KUANTAN : KES BULI DAPAT PERHATIAN DAN DIBINCANGKAN

Displaying IMG-20141124-WA0029.jpg
Timbalan Pengarah Jasa Pahang bersama 
Puan Rina Suryani di RTM Pahang dalam slot 'Bual Bicara'


JASA Pahang dengan kerjasama RTM Pahang  yang sering ke udara dengan 'Program Bual Bicara' semalam telah mengundang Puan Rina Suryani  Ariff, Kaunselor Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Indera Mahkota Pahang sebagai ahli panel.

Tajuk yang dibicarakan dalam masa ke udara selama hampir itu adalah adalah tajuk yang sedang hangat diperkatakan oleh masyarakat sekarang ini, iaitu 'Buli'.

Tajuk 'Buli' dipilih berikutan kejadian demikian semakin menjadi-jadi didalam masyarakat kita dewasa ini.

Didalam mukadimahnya, ahli panel menyentuh tentang krisis identiti remaja dan isu-isu alam remaja. Beliau kemudiannya mengupas definasi buli dan ciri-ciri pembuli, jenis-jenis buli serta faktor terjadinya kejadian buli.

Puan Rina Suryani  Ariff juga mendedahkan kesan yang dialami mangsa buli seperti kemurungan, keresahan, agresif, tidak fokus kepada sesuatu perkara, kes sebagai seorang pelajar mereka tidak fokus kepada pelajaran didalam kelas serta ponteng sekolah, hilang minat belajar, perasaan rendah diri yang ahirnya membawa kepada kejadian bunuh diri.

Beliau kemudiannya mengupas faktor kemurungan dan kesan negatif akibat buli dan menasihati guru-guru, ibu bapa serta pelajar supaya kejadian buli dilaporkan kepada pihak yang bertanggung-jawab bagi mencegah ianya terus berlaku dan berterusan.




0 comments:

share2