Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, November 25, 2014

UTUSAN MALAYSIA PENYUMBANG BESAR KEKALAHAN PAHANG PRU14 ?



Blogger Jerantut yang diberi penghargaan Dato' menulis diblognya begini:

"Utusan Malaysia lebih suka memperjuangkan isu-isu alam sekitar di negeri Pahang. Utusan Malaysia mahu negeri Pahang ini menjadi kembali seperti negeri Pahang abad ke 19! Hanya Pahang tapi tidak negeri-negeri lain kerana mengikut penilaian Utusan Malaysia negeri-negeri lain itu sangat bagus penjagaan alam sekitar!

Namun pendedahan Utusan Malaysia itu secara eksklusif dan bersiri terancang itu punya hujah-hujah teknikal yang munasabah dan saintifik malah boleh menaik dan menyemarakkan emosi alam sekitar rakyat Pahang dan rakyat Malaysia terutama NGO-NGO."

Beliau melihat apa yang Utusan Malaysia sedang lakukan adalah satu agenda teratur yang sememangnya berniat buruk untuk memburukkan kerajaan negeri Pahang dan kepimpinannya.

Beliau mengulas mengenai tulisan terbaharu Utusan Malaysia mengenai Tasik Chini. Sebenarnya isu yang dibawa utuan itu adalah isu lama dan sudahpun diambil tindakan oleh pihak berkenaan, namun sudah tentulah kesan daripada tindakan berkenaan tidak dapat dilihat secara drastik kerana ianya pasti akan mengambil masa.

Blogger bekenaan juga menyatakan bahawa  Utusan Malaysia menjadi demikian akibat tindakan Menteri Besar Pahang menyaman akhbar berkenaan serta Awang Selamat. (Baca Sini)

Selepas Cameron Highlands dan Tasik Chini, apakah Rompin, Tasik Bera, Kuala Lipis, Jerantut pula akan dibongkarkan? Kita lihat ke mana arahnya dan bagaimanakah akhirnya nanti.


~ Editor




0 comments:

share2