Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, November 6, 2014

KUANTAN : 91 PENJAJA DISITA, 430 DI KOMPAUN

zulkifli



KUANTAN - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) menyita 91 penjaja dengan pelbagai jualan dalam operasi bermula Januari hingga September lalu.

Yang Dipertua MPK, Datuk Zulkifli Yaacob berkata, sebanyak 430 kompaun telah dikeluarkan selepas tindakan penguatkuasaan dijalankan.

Menurutya, pihaknya memandang serius kewujudan gerai haram yang bukan sahaja menjejaskan imej Kuantan selain tahap kebersihan dari segi makanan atau minuman yang dijual diragui.

“MPK tidak akan berkompromi terhadap aspek kebersihan makanan di samping mahu memastikan masyarakat terutama warga Kuantan supaya tidak membeli bagi mengelakkan berlaku masalah kesihatan.

“Gerai haram yang wujud tidak mempunyai kemudahan asas dan kita bimbang berlakunya sebarang wabak penyakit dari aspek kebersihan dalam penyediaan makanan,” katanya.

Zulkifli berkata, banyak aduan yang diterima membabitkan soal kebersihan seperti masalah sampah dan saluran air kumbahan yang tidak bersistematik.

“Kita bimbang perkara itu menjadi punca penyakit bawaan tikus dan penyakit lain yang mempunyai kemungkinan berlaku,” katanya.

Zulkifli berkata, antara kawasan terbabit adalah Jalan Sungai Isap, Jaya Gading, Sri Kuantan, Sungai Karang dan Chengal Lempong.





0 comments:

share2