Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, November 26, 2014

BAYI TERSELAMAT DALAM CUBAAN SAMUN


Georgetown - Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan terselamat apabila percubaan tiga lelaki bermotosikal melarikan beg tangan dalam kereta ibunya di Lengkok Sungai Nipah di sini semalam gagal.

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian pukul 8.15 pagi, ibu kepada bayi berkenaan sedang dalam perjalanan menghantar anaknya ke rumah pengasuh di Sungai Nibong, di sini.

"Ketika itu jalan agak sesak dan wanita itu memperlahankan kenderaannya sebelum tiga lelaki menaiki dua motosikal secara tiba-tiba cuba membuka pintu di sebelah penumpang hadapan untuk melarikan beg tangan yang terletak di hujung kaki bayi," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, akibat panik wanita berusia 30-an itu memecut kenderaannya dan menyebabkan tiga lelaki terbabit melarikan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi berkata, wanita itu dan bayinya tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cubaan samun," katanya.

0 comments:

share2