Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, November 18, 2014

2 PEGAWAI KERAJAAN DISIASAT RASUAH CAMERON HIGHLANDS

Keratan Mingguan Malaysia 16 November 2014.




KUALA LUMPUR 17 Nov. - Dua pegawai tinggi kerajaan disiasat Suruhanjaya Pen-cegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung aktiviti penero-kaan tanah secara haram di Came-ron Highlands, Pahang.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull berkata, kertas siasatan dibuka berikutan terdapat maklumat mengenai kedua-dua pegawai yang bertugas di tanah tinggi tersebut, dikatakan hidup mewah mele-bihi pendapatan bulanan mereka.

“Kesemua maklumat itu diterima sejak siasatan dijalankan SPRM di Cameron Highlands pada tahun lalu sehingga sekarang. Bagaimanapun kita masih memerlukan dan mengumpul maklumat untuk membantu siasatan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mohd. Shukri seterusnya memberitahu, jumlah maklumat yang diterima SPRM mengenai aktiviti penerokaan tanah secara haram di Cameron Highlands masih sedikit dan disebabkan itu, pihaknya sukar menjalankan siasatan.

“Nampaknya maklumat ber-kaitan rasuah ini tidak sampai dalam pengetahuan SPRM. Maklumat yang kami terima juga terlalu umum sehingga sukar untuk mengetahui siapa yang terlibat (penerokaan tanah secara haram),” ujarnya.

Mohd. Shukri memberitahu, pi-haknya akan menempatkan tiga hingga empat pegawai SPRM di Cameron Highlands bagi menjalankan pengawasan dan pemantauan agar jenayah rasuah di kawasan itu dapat ditangani secara holistik.

“SPRM memerlukan kerjasama padu daripada semua pihak selain menjalankan siasatan terhadap aduan dan maklumat diterima dari semasa ke semasa,” tegasnya.

Dalam laporan akhbar hari ini, Mohd. Shukri menjelaskan, SPRM akan menempatkan pegawainya di Cameron Highlands bagi meningkatkan pemantauan secara dekat berhubung isu penerokaan tanah secara haram di situ.

Sementara itu, Mohd. Shukri menjelaskan isu surat berwarna kuning dan digunakan oleh pihak tertentu untuk mendapatkan kelulusan penerokaan tanah adalah merupakan dokumen sokongan dari pihak istana pada 2012.

“Bagaimanapun, surat itu digunakan semula untuk mendapatkan kelulusan aktiviti penerokaan lain pada tahun berikutnya,” ujarnya dan memberitahu, dokumen tersebut tidak boleh digunakan untuk tujuan pendakwaan.





0 comments:

share2