ASUS Malaysia baru-baru ini memperkenalkan telefon bimbit pintar berkuasa tinggi baharu mereka dengan harga mampu milik dengan nama PadFone S. Peranti ini pertama kali diumumkan pada pelancaran Fonepad 8 dan Memopad 8 awal bulan lalu.
Dijana oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 801 4 teras dengan kelajuan 2.3 giga herz (GHz), pemproses yang dibina bersamanya itu turut digunakan pada beberapa jenama telefon bimbit pintar bertaraf antarabangsa lain.
Memiliki kapasiti RAM sebanyak 2 giga bait (GB) dan memori binaan dalam 16 GB, PadFone S ini juga mampu menyokong penggunaan kad mikro SD di samping mempunyai keupayaan sambungan data mudah alih berkelajuan pantas evolusi jangka panjang (LTE) 4G.
Turut dilengkapi dengan teknologi Near Field Communication (NFC), siapa sangka kesemua spesifikasi yang dibina kedalam telefon bimbit pintar keluaran ASUS ini berupaya menandingi ciri-ciri telefon pintar berkuasa tinggi masa kini hanya pada harga RM899 sahaja.
Paparan skrin PadFone S diperhebat dengan IPS bersaiz 5 inci dengan resolusi penuh definisi tinggi (HD) 1920 × 1080 disamping turut diperkasakan dengan perlindungan kaca Corning Gorilla Glass 3 dan diselaputi lapisan anti cap jari.
Dikuasakan oleh sistem operasi Android 4.4 KitKat, Asus turut mengenakan teknologi ZenUI bersamanya selain dilengkapi beberapa aplikasi lain seperti What’s Next dan Do It Later.
Sebagai telefon berkuasa tinggi, sudah pasti kameranya yang beresolusi 13 megapiksel diperhebat dengan fungsi terbaik seperti teknologi PixelMaster ciptaan Asus yang berkebolehan menghasilkan gambar lebih terang pada suasana gelap dan suram tanpa bantuan lampu denyar.
Jika sebelum ini, model PadFone dijual bersama docking station yang menjadikannya tablet namun bagi PadFone S ini ianya dijual secara berasingan pada harga RM499.
PadFone S Station yang mempunyai skrin bersaiz sembilan inci itu berkeupayaan menjadikan telefon bimbit kepada tablet dengan bateri berkapasiti 4,900 mAh.
Selain itu, docking station itu juga bertindak sebagai pembekal tenaga sokongan (power bank) kepada PadFone S selain memiliki dua pembesar suara di hadapan bagi memberi pengalaman menonton video lebih hebat.
Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan informasi lebih lanjut, boleh berkunjung ke pengedar sah Asus seluruh negara.
Spesifikasi PadFone S
Pemproses:
Qualcomm Snapdragon 80
Sistem operasi: Android 4.4 KitKat
Paparan: 5 inci
Kamera: 13 MP
RAM: 2 GB
Pelindung skrin: Gorila Glass
Sambungan internet 4G LTE
Warna: Putih dan hitam
Harga: RM899
0 comments:
Post a Comment