Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, September 13, 2014

SETIAUSAHA PEMUDA UMNO PARIT BUNTAR MAUT NAHAS


Mayat mangsa terbaring di atas laluan motosikal Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Parit Buntar - Setiausaha Pemuda Umno Parit Buntar, Khairi Suzaili Abu Bakar, 31, maut selepas motosikalnya terbabas di Jambatan Kedua Pulau Pinang, Seberang Perai Selatan (SPS), semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang, Khairi meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Mangsa yang juga anak Ketua Umno Bahagian Parit Buntar, Abu Bakar Md Ali difahamkan menunggang motosikal sendirian dari Batu Maung dalam perjalanan pulang dari kerja ke rumahnya di Taman Abdul Raof Ismail.

Bagaimanapun setibanya di tempat kejadian, motosikal mangsa terbabas akibat jalan licin dan hujan sebelum mangsa dikatakan terpelanting ke bahagian pembahagi jalan.

0 comments:

share2