Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, September 13, 2014

PRK: PROSES PENAMAAN CALON BERJALAN LANCAR


PRK Pengkalan Kubor

Tumpat - Proses penamaan calon bagi PRK Dun Pengkalan Kubor setakat jam 9.30 pagi berjalan lancar tanpa sebarang kekecohan.

Pemimpin kedua-kedua parti masing-masing kelihatan tenang menunggu di luar bilik gerakan sementara calon menyerahkan borang pencalonan.

Lebih 100 petugas media cetak dan elektronik membanjiri perkarangan Pejabat Tanah bagi memberi liputan penuh dan mendapatkan perkembangan terkini proses penamaan calon.

Jam 9.02, calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim memasuki bililk gerakan dan dua minit kemudian disusuli calon BN.

PRK Dun Pengkalan Kubor akan diadakan pada 25 September ini.

0 comments:

share2