Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, September 20, 2014

ROMPIN : ROYAL PAHANG INTERNATIONAL BILLFISH CHALLANGE KEKAL IKON PELANCONGAN PAHANG




Rompin, 14hb. September 2014 - "Royal Pahang International Billfish Challange sudah diiktiraf oleh 'International Billfish' yang berpengkalan di Florida, Amerika Syarikat sebagai pertandingan memancing billfish antarabangsa dan akan terus mengikuti perkembangannya dari masa kesemasa" - demikian dinyatakan oleh YB Dato' Mohd Sharkar Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang ketika merasmikan penutupan pertandingan memancing yang berprestij itu.

Beliau juga berharap acara ini akan diteruskan dengan penambahbaikan agar akan terus kekal jadi ikon pelancongan Negeri Pahang. Kerajaan Negeri, ujarnya akan berusaha untuk meningkatkan acara ini supaya akan mencapai kepada acara yang benar-benar bertaraf dunia pada masa akan datang.

Dalam acara sama YB Dato' Mohd Sharkar juga memberi amaran agar aktiviti pukat tunda dapat dibenteras bukan saja bagi melindungi ikan layaran serta event Royal Pahang International Billfish Challange ini bahkan bagi melindungi para nelayan kecil dari kehilangan sumber penarian mereka. Bagi tujuan itu beliau mencadangkan diujudkan 'pengkalan' untuk penguatkuasaan perikanan supaya mereka dapat memantau sebarang aktiviti pukat tunda dan dapat bertindak dengan segera sekiranya menerima sebarang maklumat mengenainya.

Tahun 2015 dalam kalendar pelancongan merupakan 'Year Of Festivals' dimana Kerajaan akan mempromosikan setiap hari-hari perayaan sebagai satu pesta yang bertujuan untuk memeriahkan serta menarik lebih ramai pelancong untuk melawata Malaysia pada tahun-tahun mendatang. Kedatangan pelancong ke Pahang diramalkan berjumlah 12 Juta dan akan memberi pulangan sebanyak 8.5 Billion kepada sektor pelancongan.










0 comments:

share2