Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, September 20, 2014

PM BERUCAP DI PERHIMPUNAN PBB


Najib Tun Razak

New York - Menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merupakan acara kemuncak lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Amerika Syarikat bermula Sabtu (Ahad, di Malaysia).

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, Najib dijadual menyampaikan pernyataan negara pada perbahasan umum Perhimpunan Agung PBB ke-68, di sini pada 26 September. 

Perdana Menteri dijangka antara lain, berkongsi program transformasi ekonomi negara dan mendapatkan sokongan bagi pencalonan Malaysia untuk menduduki kerusi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB (UNSC), katanya semalam.

Di peringkat antarabangsa, beliau berkata Najib mungkin menyentuh mengenai kecaman Malaysia terhadap usaha untuk menukar pemimpin beberapa negara Islam yang dipilih secara sah, dengan cara yang menyalahi undang-undang serta mengenai tragedi pesawat Malaysia Airlines MH370 dan MH17.

Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dijadual tiba di bandar raya ini pada Sabtu malam (pagi Ahad di Malaysia).

0 comments:

share2