Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, September 3, 2014

PIALA MALAYSIA: FELDA, JDT MENANG SELESA, JUARAI KUMPULAN


Kuala Lumpu: Skuad FELDA United dan juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) masing-masing gah muncul juara kumpulan selepas merakamkan kemenangan selesa dalam perlawanan terakhir, malam tadi.

Kelab peneroka itu menewaskan wakil Singapura, Lions XII 3-1 di Stadium Selayang untuk merajai Kumpulan A manakala JDT menumpaskan Kelantan 3-0 di Kota Bharu untuk menjuarai Kumpulan C.

Kejayaan FELDA itu bakal menemukan mereka sama ada dengan naib juara Kumpulan D, Selangor atau Sime Darby FC dalam saingan suku akhir nanti.



Juara bertahan, Pahang seperti hilang selera mahu menang apabila sekadar mampu seri 1-1 ketika menentang JDT11 untuk muncul naib juara Kumpulan A.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan C, Pulau Pinang berjaya merakamkan kemenangan pertama mereka mengatasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), 2-1 di Stadium Bandaraya. Apa pun keputusan perlawanan ini tidak membawa sebarang makna kerana kedua-dua pasukan sudah pun lebih awal tersingkir.

FELDA membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi sepakan padu Zah Rahan Krangar dari luar kotak penalti yang gagal diselamatkan penjaga gol Lions XII, Izwan Mahbud.

Namun, sifat leka benteng tuan rumah membolehkan Lions XII tampil menyamakan kedudukan pada minit ke-22 menerusi Faris Ramli berpunca daripada satu serangan balas.

Tersentak, FELDA bangkit dan keringat mereka berbalas apabila mendahului semula pada minit ke-25 hasil jaringan Indra Putra Mahayuddin selepas menyambut baik hantaran tepat Ndumba Makeche.

Selang dua minit kemudian, Makeche menjadikan kedudukan 3-1 untuk FELDA hasil satu larian solo.

0 comments:

share2