Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, September 3, 2014

PERAGUT DITAHAN KETIKA LAPOR MOTOR HILANG

Kangar - Seorang daripada dua remaja lelaki yang membuat laporan kehilangan motosikal di Balai Polis Jitra semalam, dipercayai takut selepas disoal bapanya berhubung perkara itu, ditahan kerana terbabit dalam satu kes ragut seorang peniaga pasar borong di Kampung Sena di sini, sebelum ini.

Ketua Polis Kangar, Superintenden Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, remaja berumur 16 tahun itu dan seorang rakan dari Kodiang, kira-kira 20 kilometer dari Kangar, dipercayai meragut Abdul Karim Abdul Rahman, 50, pada kira-kira 4 pagi.

Beliau berkata, dalam kejadian itu, suspek dipercayai memukul tangan kiri mangsa yang bersiap untuk keluar berniaga dengan batang besi sebelum melarikan beg mengandungi RM2,000 dan seunit telefon bimbit.

Katanya, suspek melarikan diri dengan sebuah motosikal namun terbabas dan melanggar pagar sebuah rumah di Jalan Datuk Ahmad ketika bertembung dengan kereta peronda polis kira-kira 20 minit kemudian.

Mereka bagaimanapun dapat meloloskan diri dengan meninggalkan motosikal, batang besi dan beg berkenaan.

Abdul Rahman berkata, polis yang sedia maklum berkaitan kes itu melalui sistem amaran menahan remaja berkenaan, yang disyaki menggunakan motosikal bapanya untuk melakukan jenayah ragut.

Beliau berkata, seorang lagi rakan suspek, juga berusia belasan tahun, dicari bagi membantu siasatan kes.

0 comments:

share2