Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, September 1, 2014

LIPIS : BANDAR SEJARAH - YB DATO' ABDUL RAHMAN





Kuala Lipis, (23hb Ogos 2014) - Kuala Lipis sudah dikenali sebagai bandar pelancong di negeri Pahang. Sebanyanya 14 tanda-tanda serta bangunan sejarah telah dikenal pasti dan di gazettekan. Antaranya adalah tanda '0' dimana jarak diantara bandar-bandar dinegeri Pahang dimulakan dan dikira dari situ.

Selain itu, Rumah Kelahiran PM DS Najib adalah diantaranya dan akan terus dikekalkan sebagai banguna bersejarah. 

Masjid Negeri lama, yang juga dikenali sebagai Masjid India telah dibina pada tahun1888, Rumah Residen British yang kini dijadikan Rumah Rehat Daerah, Bangunan Pahang Club, Rumah Ibadat Kaum Sikh adalah antara yang jadi tarikan pelancongan dan sejarah bandar Kuala Lipis.

Demikian dinyatakan oleh YB Dato' Abdul Rahman, Ahli Parlimen Lipis dalam sidang akhbarnya pada 23hb Ogos 2014 sejurus sebelum Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lipis yang dirasmikan oleh Menteri Kewangan 2, YB Dato' Ahmad Husni.


0 comments:

share2