Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, September 1, 2014

TENGKU MAHKOTA PAHANG KINI PRESIDEN AHF 2014 - 2018


KUALA LUMPUR - Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini secara rasmi mengambil alih jawatan Presiden Persekutuan Hoki Asia (AHF) bagi penggal 2014-2018 pada Kongres AHF 2014.

Tengku Abdullah sebelum ini merupakan calon tunggal untuk memenuhi kerusi itu selepas kemangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Tayyab Ikhram dari Macau pula dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AHF manakala Fumio Ogura dari Jepun pula memegang jawatan bendahari.

Dalam sidang media di akhir Kongres AHF di sini hari ini, Tengku Abdullah bertitah akan memberi komitmen sepenuhnya kepada pembangunan hoki di peringkat Asia terutama dalam mempromosi sukan itu kepada negara Asia yang masih lagi asing tentang hoki.

"Hari ini adalah lembaran baru bagi saya dalam AHF, sudah pasti saya memerlukan sedikit masa untuk berbincang dengan anggota exco.

"Apabila saya membuat keputusan menerima jawatan ini, ia memang membuktikan bahawa saya sudah bersedia dan komited untuk AHF serta meneruskan legasi Almarhum Sultan Azlan Shah,” titahnya.

Sumber

0 comments:

share2