Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, September 1, 2014

KUANTAN: AGENDA MEMPERKASAKAN USAHAWAN JADI TUMPUAN


KUANTAN - Program Sembang Niaga dan Dialog Umno Bahagian Kuantan, yang diadakan pada sabtu baru ini, menjadi antara pendekatan yang diambil untuk mengembalikan semula kerusi Parlimen Kuantan kepada Barisan Nasional, kata Ketua Umno bahagian Kuantan Datuk Wan Adnan Wan Mamat.

Beliau berkata Umno bahagian Kuantan perlu mengatur langkah untuk memenangi semula kerusi parlimen itu yang kini disandang PKR.

Katanya menerusi program berkenaan, pihaknya dapat mengetahui apa yang diperlukan oleh anggota di peringkat akar umbi dan seterusnya menghulurkan bantuan. 

"Kita juga perlu mendekati golongan muda untuk sama-sama dalam bidang yang menarik minat mereka, sebagai contoh, bidang ekonomi yang bersesuaian dengan mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program itu di sini.

Sementara itu, Pengerusi Biro Ekonomi Umno bahagian Kuantan Datuk Sulaiman Dahlan berkata program tersebut bertujuan menyedia dan memberi bantuan kepada usahawan Melayu dari segi pengurusan dan pentadbiran. 

"Visi kami adalah menjadi penggerak utama ke arah memperkasakan dan memartabatkan komuniti usahawan Melayu daripada golongan muda, wanita dan ibu tunggal yang baru memulakan perniagaan dan yang melakukan perniagan dari rumah," katanya. 

Sumber

0 comments:

share2