Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, August 10, 2014

MARAN - EMPAT MANGSA MH17 KENALAN TENGKU ABDULLAH


Tengku Abdullah menurunkan tandangan sebagai tanda prihatin dan simpati terhadap nasib yang menimpa pesawat MH370 dan MH17 serta rakyat Gaza selepas menyempurnakan perasmian pelancaran tabung kemanusia pada majlis berkenaan.

Maran - Empat kenalan kepada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah antara mangsa tragedi pesawat MH17 yang terhempas dipercayai akibat ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.

Baginda menzahirkan rasa simpati kepada keluarga 280 penumpang dan 15 krew yang terkorban dalam nahas itu termasuk empat kenalan baginda iaitu dua dari Malaysia dan dua lagi warganegara Australia.

Tengku Abdullah turut mendoakan agar segala urusan termasuk usaha membawa pulang semua mayat dan jenazah rakyat Malaysia dipermudahkan serta proses siasatan berjalan lancar.

Baginda berkata demikian ketika menyempurnakan perasmian pelancaran Tabung Kemanusian Gaza dan MH17 pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena sambutan Aidilfitri Kementerian Sumber Manusia dan Parlimen Maran, di sini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin.

Turut hadir, Adun Chenor, Mohamed Arifin Ismail dan Adun Luit, Nur Hidayah Mohamad Shahaimi.

Tengku Abdullah berkata, dalam menikmati kemeriahan Aidilfitri, rakyat diminta tidak melupakan nasib saudara di Syria, Iraq dan Palestin yang belum pasti mengecap nikmat kemakmuran seperti di negara ini.

“Walaupun kita bersyukur dapat nikmati Aidilfitri dan jamuan raya dengan makanan yang bermacam-macam, tetapi kalau kita renung semula, ada insan lain yang tidak senasib.

“Selain sumbangan kemanusiaan, marilah kita berdoa agar saudara kita di sana dilindungi dan diberkati ALLAH SWT,” katanya.

0 comments:

share2