Bentong - Tan Sri Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO disambut meriah setibanya di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong tengahari tadi.
Beliau tiba diiringi Dato' Seri Di Raja Adnan Yaakob Menteri Besar Pahang yang juga Ketua UMNO Bahagian Bentong bagi merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian.
Selesai berucap merasmikan Mesayuarat Perwakilan Bahagian, beliau sempat mengadakan sidang akhbar dan makan tengahari bersama-sama perwakilan sebelum meninggalkan majlis berkenaan.

0 comments:
Post a Comment