Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, August 25, 2014

ISU MB: PAS SERAH KEPADA SULTAN BUAT PILIHAN


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah

Kuala Lumpur - Pas mempertahankan keputusannya untuk menamakan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai seorang lagi calon untuk jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali bagaimanapun berkata pihaknya menyerahkan perkara itu kepada Sultan Selangor untuk pertimbangan lanjut.

"Itu terpulang kepada Sultan.. termasuk dua-dua calon yang Pas kemukakan sebelum ini...,".

"Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pada hari ini bersetuju untuk menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dalam menentukan jawatan Menteri Besar Selangor," katanya pada sidang medianya, sebentar tadi.

Pada 17 Ogos lalu, mesyuarat Pas Pusat memutuskan untuk kekal dalam PR dan bersetuju untuk mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Parti itu turut menyerahkan nama Mohamed Azmin sebagai calon kedua untuk diangkat menjadi Menteri Besar Selangor.

0 comments:

share2