Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, August 20, 2014

"ADAKAH RAKYAT SELANGOR RELA MENERIMA MB YANG SEHINGGA KINI GAGAL MENUNJUKKAN JAM OMEGA"


Ilustrasi Oleh Azmi Apa

Saya cukup yakin rakyat dan pengundi Selangor tidak pernah terfikir semasa PRU-13 bahawa Wan Azizah akan menjadi Menteri Besar atau bukan anak Selangor akan menjadi Menteri Besar; atau pendakyah krsitian akan dibenarkan menggunakan kalimah Allah atau bibel versi Melayu akan dibenarkan disebarkan di Selangor atau kuasa dan bidangkuasa MAIS akan dihapuskan atau pusat ternakan babi terbesar bernilai RM100 juta akan dibina dalam negeri Selangor atau rizab simpanan tunai Selangor sebanyak RM3.2 billion akan diurus tadbir oleh Wan Azizah.

Oleh itu, pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS wajib mendapatkan semula mandat baru daripada rakyat Selangor melalui satu Pilihanraya Negeri Selangor yang baru untuk menentukan samada rakyat Selangor bersedia untuk Wan Azizah menjadi MB dibawah kerajaan pakatan DAP-PKR-PAS berdasarkan 12 perkara fundamental seperti berikut:

Pilihanraya Negeri Selangor yang baru wajib diadakan untuk menentukan samada rakyat Selangor bersedia untuk Wan Azizah menjadi MB dibawah kerajaan pakatan DAP-PKR-PAS berdasarkan perubahan fundamental seperti berikut:

1. adakah rakyat Selangor bersetuju seorang anak bukan kelahiran Selangor menjadi Menteri Besar kerana Wan Azizah bukan anak kelahiran Selangor?

2. adakah rakyat Selangor bersedia menerima Menteri Besar yang sehingga hari ini gagal mengemukakan jam Omega yang didakwa dalam simpanannya sedangkan Datuk Eskay membuktikan jam itu ada dengan beliau dan telah diserah kepada pihak polis?

Ini kerana isu ini membabitkan soal integriti, kewibawaan dan akhlak; samada Datuk Eskay berbohong atau Wan Azizah seorang pembohong;

3. adakah rakyat Selangor bersedia menerima Menteri Besar yang mempunyai suami yang dikaitkan dengan skandal salahlaku seks melalui pendedahan Datuk Eskay mengenai videoklip China-Doll yang telah disahkan pakar sebagai mempunyai 99% ketulinan?

4. adakah rakyat Selangor bersedia menerima Menteri Besar yang mempunyai suami seorang bekas banduan yang pernah disabitkan dengan kesalahan salahguna kuasa dan dihukum enam tahun penjara kerana mengarahkan polis memaksa dua rakyat Malaysia membuat Surat Akuan Sumpah palsu membabitkan salahlaku seks dan liwat?

5. adakah rakyat Selangor bersedia menerima Menteri Besar yang mempunyai suami yang telah disabitkan dengan kesalahan meliwat pembantu peribadinya dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan dan dihukum 5 tahun penjara?

6. adakah rakyat Selangor bersedia menerima Menteri Besar yang mempunyai suami yang bakal menjadi banduan menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Kajang atau Penjara Sg. Buloh kerana kesalahan meliwat pembantu peribadinya?

7. adakah rakyat Selangor bersedia membenarkan pendakyah kristian menggunakan kalimah Allah didalam Negeri Selangor samada dalam bentuk tulisan, penerbitan, buku, nama gereja dan lain-lain yang bercanggah dengan Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam Selangor 1988?

8. adakah rakyat Selangor bersedia membenarkan pendakyah kristian menggunakan bibel versi bahasa Melayu yang mengandungi istilah, perkataan dan kalimah yang bercanggah dengan Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam Selangor 1988?

9. adakah rakyat Selangor bersedia menerima pembinaan pusat penternakan dan penyembelihan babi bernilai RM100 juta di Sepang, Selangor?

10. adakah rakyat Selangor bersedia membenarkan rizab simpanan tunai Selangor berjumlah RM3.2 billion diletakkan dibawah penguasaan dan ditadbir dan diurus oleh Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor?

11. adakah rakyat Selangor bersedia membenarkan kuasa dan bidangkuasa Majlis Agama Islam Selangor dihapuskan?

Ikuti kupasan lanjut di www.zul4kulim.blogspot.com bertajuk "Kembalikan Hak Rakyat Selangor".

KEMBALIKAN HAK RAKYAT SELANGOR!

BUBARKAN DUN, ADAKAN PILIHANRAYA!

Wallahua'lam dan wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

0 comments:

share2