Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, August 21, 2014

PIALA MALAYSIA: PERAK, TERENGGANU CERIA, SELANGOR GIGIT JARI




Kuala Lumpur: Selangor menggigit jari kecundang di gelanggang sendiri, malam tadi apabila tewas kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2-0 dalam aksi perlawanan Kumpulan D, Piala Malaysia.

PDRM mengesahkan kemenangan di Stadium Shah Alam dengan gol menerusi sepakan penalti Ashfaq Ali pada minit ke-14 dan Chad Charles Souza (M-68).

Namun, senario berbeza buat Perak dan Terengganu yang merakamkan kemenangan buat menyalakan impian awal selepas menamatkan dua perlawanan peringkat Kumpulan B.

Perak mengukuhkan kedudukan apabila menewaskan Sarawak di Ipoh menerusi gol ketua pasukan, Mohd Nasir Basharuddin pada minit ke-44 dan Abdulafees Abdulsalam pada minit ke-58.

Kemenangan itu bererti skuad bergelar The Bos Gaurus melonjak ke tangga teratas kumpulan dengan himpunan enam mata maksimum.

Terengganu kembali ceria selepas menewaskan tuan rumah, Kedah 3-2 di Stadium Darulaman .

Kekalahan kedua berturut-turut ini juga memalit kecewa kepada Kedah pimpinan Tan Cheng Hoe dan menyukarkan laluan ke suku akhir, edisi kali ini.

Gol Terengganu dijaringkan oleh Ashaari Shamsuddin pada minit ke-8, 44 dan Mario Karlovic (m-73) manakala gol Kedah sumbangan Billy Osman Mehmet (m-47) dan Baddrol Bakhtiar (m-60).

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan D, T-Team menewaskan Sime Darby 2-1 di Kuala Terengganu.

0 comments:

share2