Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, August 20, 2014

BUAT PERKARA 'BERANI', PERLU FIKIR KESANNYA


Dr HM Tuah Iskandar

Shah Alam - Seorang pakar motivasi mengingatkan masyarakat agar senantiasa berfikir tentang kesan serta akibat daripada setiap perkara yang mereka lakukan.

Mengambil contoh kejadian yang menimpa peserta pesta bogel yang kini hidup dalam ketakutan, Dr HM Tuah Iskandar berkata, oleh itu masyarakat kita perlu sentiasa perlu 'beringat' dan jangan terlalu berani melakukan sesuatu perkara di luar batasan.

“Jangan lakukan perkara yang kurang bijak... iaitu tindakan yang luar daripada norma kehidupan masyarakat kita.

“Perkara tersebut nampak ‘berani’ namun memperlihatkan kebodohan, oleh itu kita kena fikir kesannya iaitu kesan kepada keluarga, negara dan masyarakat. Oleh itu nasihat saya janganlah buat sesuatu yang memalukan diri kita sendiri,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Menurut Dr HM Tuah lagi, mereka yang menyertai pesta sukan bogel itu mungkin beranggapan ia suatu yang diiktiraf sebagai berfikiran terbuka dan moden mengikut cara barat, 
namun hakikatnya mereka terperangkap dengan fikiran dan andaian mereka sendiri.

“Mereka rasa mereka sudah maju, namun sebaliknya dunia barat mentertawakan mereka.

“Dunia kita tidak terima perkara itu, namun di barat sebaliknya, oleh itu kita kena ambil cakna mengenai perkara ini,” katanya.

Negara baru-baru ini dikejutkan dengan tersebarnya video pesta bogel di Teluk Bahang, Pulau Pinang yang dimuatnaik di laman sesawang yang akhirnya membawa kepada kes polis.

Kesemua 15 peserta terbabit yang terdiri daripada tujuh warga tempatan, empat dari Singapura, dua Myanmar dan masing-masing seorang dari India dan Filipina.

Menurut salah seorang penganjurnya yang merupakan warga tempatan dan kini bermastautin di Singapura, kehidupan peserta yang terlibat berada dalam keadaan ketakutan setiap hari kerana mereka dilihat seperti seorang ‘penjenayah’.

“Kami tidak dapat tidur setiap hari kerana kehidupan kami tertekan, takut dan sedih. Juga kami dalam situasi cuba mengelak diri daripada semua pihak," katanya.

Polis menyiasat kes itu bawah Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan iaitu atas kesalahan mengenai kesopanan di tempat awam yang membawa hukuman maksimum penjara tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

0 comments:

share2