Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, July 24, 2014

TEMERLOH : LAPORAN BENCANA RIBUT MENTAKAB 22/7


Rakaman Video Klip Lawatan TMP


Temerloh - Bencana ribut disekitar Mentakab telah mengakibatkan banyak kerosakan kepada awam. KDYTM Tengku Mahkota Pahang berkenan melawat kawasan yang dilanda ribut di Kampong Batu Kapor semalam bagi melihat kerosakan dan memberi sumbangan bantuan.

Dalam lawatan KDYTM Tengku Mahkota, beliau juga megumumkan kerajaan akan membantu membaiki kerosakan dengan seberapa segera dengan membekalkan peralatan yang diperlukan dan akan dilakukan secara bergotong-royong.

NGO dan individu juga dirayu dan dialu-alukan untuk memberikan sumbangan ikhlas mereka bagi membantu meringankan bebanan mangsa-mangsa yang terlibat terutama menjelang sambutan Aidil-Fitri ini.


Fakta Mengenai Kejadian Ribut Berkenaan:

- Kejadian berlaku jam 5.00 petang hingga jam 6.30 petang pada 22hb Julai 2014.
- Melibatkan kawasan bermula sekitar lancang dan menghala ke Mentakab


Kawasan Terjejas:

@ JKKK Batu Kapor

- Kg. Batu Kapor
- Kg. Rumah Pangsa Batu 2 Jalan Karak
- Taman Saga

@ JKKK Sg. Buloh

- Kg. Sg Buloh
- Kg. Gajah Mati

@ JKKK Tg. Kerayong

- Kg. Tg. Kerayong
- Kg. Seberang Jambatan Keretapi Mentakab
- Kg. Sg. Ara

- Kg. Batu Cina Mentakab


Kerosakan:


@ Kg. Batu Kapor

- 80 rumah / 480 orang mangsa
- 8 rumah rosak teruk - bumbung tercabut
- 72 rumah alami kerosakan atap
- Eanita 66 tahun, Rohana Bt. Jamil cedera pergelangan tangan dan rusuk dirawat di Hospital sebagai pesakit luar


@ Taman Saga

- 15 rumah / 70 mangsa
- Kehilangan sebahagian atap


@ Rumah Pangsa Bt. 2 Jalan Karak

- Kerosakan atap Surau


@ Dewan Utama Taman Saga

- Rosak Bumbung
- Tidak dapat digunakan sebagai tempat penginapan sementara mangsa ribut
- Mangsa terpaksa menumpang dirumah saudara dan jiran


@ Sekolah Kebangsaan Batu Kapor

- Rosak atap dibangunan Blok D


@ JKKK Sg. Buluh / Kg. Gajah Mati

- 30 rumah / 161 mangsa
- 3 rumah rosak teruk / kehilangan seluruh bumbung


@ Tadika Kemas Kg. Gajah Mati

- Separuh bumbung diterbangkan angin


@ Dewan Serbaguna Sri Gading, Kg. Sg Buloh

- Kerosakan sebahagian atap dewan dan keseluruhan atap tandas


@ Kg. Tg. Kerayong

- 26 rumah / 120 mangsa
- Wanita 28 tahun, Siti Rohayu Bt. Selamat cedera kepala dihempap dahan pokok, dirawat dihospital sebagai pesakit luar


@ Kg. Seberang Jambatan Keretapi 

- 7 rumah / 30 mangsa


@ Kg. Sg. Ara

- 4 rumah / 19 mangsa


@ Kg. Baru Cina Mentakab

- 16 rumah / 85 mangsa
- Rumah rosak atap


@ JKKK Kg. Bongsu

- 6 rumah / 32 mangsa
- Kerosakan bahagian atap
- Atap Masjid Kg. Bongsu turut rosak


@ JKKK Kg. Paya Siput

- 12 rumah / 60 mangsa
- Atap diterbangkan angin
- 2 rumah dihempap pokok
- Balai Kraftangan Kg. Paya Siput rosak atap


@ JKKK Sg. Kepong

- 10 rumah / 47 mangsa
- Kerosakan atap rumah


@ JKKK Felda Jenderak Utara

- 22 rumah / 93 mangsa
- Atap diterbangkan angin


Tindakan:

Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Beri bantuan awal; tikar, selimut, kain batik dan kit bantuan

PDRM
- Membantu memudahkan mangsa membuat laporan polis bagi kemudahan menerima bantuan kerajaan dan agensi berkenaan.

JKR
- Membantu membersihkan rumah dari pokok-pokok tumbang secara gotong-royong.






0 comments:

share2