Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, July 24, 2014

KUANTAN : SUMBANGAN ANAK YATIM YAYASAN FELDA





Kuantan - Majlis Ihya Ramadhan & Penyampaian Sumbangan Raya Anak-Anak Yatim Negeri Pahang ini merupakan program yang ditaja bersama oleh Yayasan Felda dan Sekretariat Pemerkasaan dan Pembelaan Wanita Islam (SENADA) Negeri Pahang dan Pejabat Menteri Besar Pahang serta Pergerakan Wanita UMNO Pahang di bulan Ramadhan Al-Mubarrak yang penuh keberkatan.

Majlis yang diadakan pada 19 Julai 2014 (Sabtu), di Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur Kuantan, Pahang. Majlis ini turut dihadiri oleh YB Dato' Abu Bakar, Exco Felda Kerajaan Negeri Pahang (mewakili YAB Menteri Besar Pahang) dan Y. Bhg Dato' Dr Emel Faizal Dato' Mohd Mokhtar, Pengarah Urusan/Ketua Eksekutif Yayasan Felda (mewakili YB Tan Sri Datuk Seri Utama Hj. Mohd Isa Bin Dato' Hj. Abdul Samad selaku Pengerusi Yayasan Felda). 

Selain itu, majlis juga turut disertai oleh Y. Bhg Dato' Hjh. Rosni Bt. Zahari, Pengerusi SENADA, YB Senator Roslin Bt Abdul Rahman, Ketua Wanita UMNO Pahang dan para jemputan lain yang terdiri Pegawai-pegawai Kanan Yayasan Felda, Ketua Jabatan, Media, Pemimpin Masyarakat, anak-anak yatim dan penerima sumbangan yang diraikan serta penjaga.




Majlis ini merupakan kali ketiga melibatkan kerjasama Pejabat Menteri Besar, Yayasan Felda, dan SENADA serta Wanita UMNO bagi menceriakan serta memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Hampir 500 orang jemputan dan anak yatim turut serta menghadiri majlis ini termasuk dari kalangan anak - anak yatim dari 14 kawasan Parlimen di Negeri Pahang.

Di atas keprihatinan dan tanggungjawab korporat, Yayasan Felda memberi sedikit sumbangan duit Hari Raya kepada penerima bantuan dalam majlis tersebut.




0 comments:

share2