Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, July 10, 2014

PEMILIHAN PKR: RAFIZI KURANG BERNASIB BAIK


Pemilihan PKR: Rafizi kurang bernasib baik


Petaling Jaya: Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli tidak tersenarai dalam empat teratas untuk jawatan Naib Presiden PKR selepas keputusan terkini diumumkan semalam.

Ahli Parlimen Pandan itu berada dikedudukan kelima dengan memperolehi 17,461 undi berbeza 126 undi dengan Dr Xavier Jayakumar yang berada di tempat keempat.

Dr Xavier yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Andalas mendapat 17,587 undi.

Bagaimanapun keputusan tersebut tidak mengambil kira pemilihan Cabang Puchong dan Kelana Jaya yang akan diadakan semula pada 10 Ogos nanti dan keputusan Cabang Pensiangan yang masih belum disahkan.

Sebelum keputusan sehingga 28 Jun yang diumumkan hari ini, Mohd Rafizi yang pertama kali mencuba nasib untuk jawatan naib presiden sentiasa berada di tangga ketiga.

Namun keputusan terkini yang melibatkan 195 daripada 198 cabang PKR di seluruh negara itu menyaksikan Rafizi terkeluar daripada senarai empat calon yang memperoleh undi tertinggi bagi pemilihan jawatan tersebut.

Dua penyandang jawatan tersebut, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua kekal menguasai pemilihan jawatan naib presiden dengan ahli parlimen Lembah Pantai mendapat 27,031 undi manakala ahli parlimen Batu memperolehi 20,490 undi.

Sementara Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin yang pertama kali mencuba nasib untuk jawatan naib presiden berada di tangga ketiga dengan memperolehi 18,777 undi.

Nasib Rafizi kini bergantung kepada ahli-ahli di cabang Puchong dan Kelana Jaya yang membuat pemilihan semula bulan depan.

Keputusan penuh diumumkan di Kongres Nasional PKR yang akan diadakan pada 22 hingga 24 Ogos nanti.

0 comments:

share2