Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, July 13, 2014

MARAN - MAJLIS BERBUKA TENGKU MAHKOTA PAHANG

Foto dan artikel oleh: Abadi Romeo




Maran, 12.7.2014 - "Peristiwa serangan Israel dan penindasan terhadap Palestine wajar diambil iktibar oleh segelinap lapisan masyarakat. Tanpa keamanan dan keharmornian didalam sesebuah negara rakyat tidak akan merasai nikmat bebas melakukan amalan keagamaan. Rakyat Malaysia bertuah kerana dibulan puasa ini nasib mereka tidak sama seperti saudara seagama mereka di Palestine dimana kita dapat beribadat disamping menikmati juadah berbuka puasa yang menyelerakan berbanding mereka di Palestine."

"Kerajaan Malaysia di bawah Barisan Nasional sentiasa menitiberatkan keamanan dan membantu mereka yang tidak berkemampuan, tidak hanya di bulan puasa sebaliknya ianya berterusan bagi membuktikan kesungguhan kerajaan membantu rakyat."

Demikian titah KDYMM Tengku Mahkota Pahang di Majlis Berbuka Puasa dan Pengurniaan Kepada Yang Memerlukan di Masjid Batu 13 Chenor Maran. Pada majlis berkenaan seramai 300 orang asnaf telah menerima bantuan yang disempurnakan oleh KDYMM Tengku Mahkota Pahang. 

Turut sama di majlis tersebut YB Dato Seri Ismail Hj Mutalib Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen Maran, YB Dato'Shahaniza Shamsuddi, Exco Kerajaan Negeri Pahang, YB Dato' Syed Ibra Syed Ibrahim Exco Kerajaan Negeri Pahang, YB Ismail Arifin ADUN Chenor, YB Dato'Wan Salman Wan Ismail ADUN Jengka, YB Dato Seri Mohamad Safian Ismail Setiaushaha Kerajaan Negeri Pahang, YH Dato Fadzilah bin Hj Saleh Pegawai Daerah Maran, kepimpinan masyarakat serta penduduk setempat.











0 comments:

share2