Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, July 13, 2014

KUANTAN - PM SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA ANAK YATIM DAN BERBUKA PUASA DI PADANG MPK


PM tiba dan disambut oleh MB Pahang dan wakil-wakil rakyat BN


Kuantan, 13hb Julai 2014 - Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abd Razak, dalam lawatan kerjanya ke Pahang berkesempatan melawat bazar ramadan di Taman Kerang, Padang MPK 1, Kuantan.

Beliau tiba kira-kira jam 6.30 petang dan disambut oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Ismail Sabri, Ahli-Ahli Dewan Undang Negeri Pahang serta dhif-dhif jemputan dan pegawai-pegawai kerajaan.

Sejurus selepas melawat bazar ramadan, YAB Perdana Menteri berangkat ke Masjid Sultan Haji Ahmad Shah bagi menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim terpilih. Sumbangan berupa wang tunai sejumlah RM250.00 tiap seorang dari Kerajaan Negeri Pahang. 

Didalam ucapan singkat beliau, Perdana Menteri menyeru agar mengingati nasib malang saudara kita di Palestin dimana ketika kita dapat berbuka puasa dengan rezeki yang melimpah ruah ada saudara-saudara kita yang bukan sahaja tidak dapat berbuka puasa dengan hidangan lazat malahan terpaksa menghadapi maut akibat tanahair diserang pengganas.

Beliau juga menyeru agar kita mengambil iktibar dari peperangan di teluk dimana negara Israel yang kecil dan dikelilingi oleh negara-negara arab yang lebih besar tetapi tidak mampu melakukan sesuatu untuk membantu Palestin akibat dari kegagalan mereka untuk bersatu.



Datin Sri Rosmah ditemani Dato' Shahaniza, exco Kerajaan Negeri

PM menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim


PM diiringi MB berangkat ke Padang MPK untuk berbuka puasa

PM, MB, Dato' Sharkar, Dato' Ismail Sabri menunggu waktu berbuka

Sebahagian dari pengunjung mengambil tempat untuk berbuka


0 comments:

share2