Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, July 14, 2014

KUANTAN - KERAJAAN NEGERI SERIUS LAKSANAKAN AKUJANJI


KUANTAN – Seperti mengiktiraf keupayaan Kerajaan Barisan Nasional (BN) Negeri dalam melaksanakan akujanjinya pada Pilihanraya Umum ke-13 lepas khususnya dalam pembinaan 15,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun ini (2014 – 2018);

Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak menyebut mengenainya dengan menyatakan betapa setakat ini, lebih 80 peratus atau lebih 13,000 unit daripada jumlah itu, sudahpun dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.

“… dan projek pertama akan disiapkan pada bulan Oktober nanti,” katanya pada persidangan media selepas menghadiri taklimat pembangunan negeri petang Ahad, 13 Julai di sini, sempena lawatan rasmi seharinya ke Kuantan.

Taklimat disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri I yang juga Pengarah, Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri (B-PEN), Dato’ Roslan Harun.  
                         
“Ini adalah merupakan manfestasi betapa seriusnya kita mengambil kira akujanji pilihanraya sama ada dibuat oleh Kerajaan Pusat mahupun oleh Kerajaan Negeri,” katanya lagi. 

Yang dimaksudkan oleh Dato’ Sri Mohd Najib itu ialah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Negeri Pahang yang merupakan projek perumahan mampu milik sebagai lengkap-melengkapi kepada PR1MA Persekutuan.

Dengan harga seunit ditetapkan pada RM150,000, PR1MA Negeri Pahang disasarkan kepada anak muda 40 tahun ke bawah, rakyat KDYMM Sultan Pahang, dengan pendapatan seisi rumah kurang daripada RM3,000.  

Beliau juga berkata betapa taklimat yang diterimanya tadi bertujuan bagi mendapatkan maklumat ke arah penyediaan bukan sahaja Bajet Negara tetapi juga Rancangan Malaysia ke-11 (2016 – 2020).  

“Saya mendapat manfaat daripada pandangan dan cadangan yang spesifik dan keutamaan pembangunan yang akan ataupun telah diserahkan oleh Kerajaan Negeri untuk pertimbangan saya dan Kerajaan Pusat,” katanya.

Dato’ Sri Mohd Najib seterusnya akur bahawa, projek pencegahan banjir untuk daerah Kuantan ini sebagai contoh, memerlukan peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk menjayakannya.

0 comments:

share2