Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, July 24, 2014

KUANTAN - DENGGI RAGUT NYAWA PERTAMA DI PAHANG

Kuantan - Seorang warga emas merupakan mangsa pertama kes demam denggi di Pahang.

Mangsa meninggal pada 16 Jun lalu di Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh.

Pengarah Jabatan Kesihatan Pahang, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, kes demam denggi di negeri ini membimbangkan apabila meningkat 140 peratus dalam tempoh Januari hingga 22 Julai lepas berbanding tempoh sama tahun lalu.

"Terdapat 742 kes dilapor, meningkat 433 kes (140 peratus) berbanding tempoh yang sama tahun lepas iaitu 309 kes.

"Daerah Kuantan mencatat kes tertinggi iaitu 378 kes (50.9 peratus), diikuti Temerloh (98 kes), Jerantut (83 kes), Maran (51 kes), Raub (46), Bentong (28), Bera (20), Pekan (13), Lipis (13), Rompin (sembilan) dan Cameron Highlands (3)," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kini tujuh lokaliti wabak dikenal pasti iaitu lima dalam daerah Kuantan di Apartmen Bailey Court (4 kes), Perumahan Sungai Isap 2 (3 kes), Felda Bukit Sagu 1 (7 kes), Taman Tas Selatan (4 kes) dan Sungai Isap 2 (2 kes).

Dua lagi lokaliti ialah di daerah Jerantut iaitu Felda Kota Gelanggi 1 (6 kes) dan Taman Inderapura (7 kes).

0 comments:

share2