Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, July 24, 2014

MILITAN PRO-RUSIA MENGAKU MENEMBAK JATUH MH17



Kuala Lumpur: “Pegawai kami memberitahu bahawa kami menembak sebuah pesawat Kiev. Kami ingatkan kami mencari juruterbang Ukraine yang dikatakan sempat menyelamatkan diri, tetapi kami menemui mayat-mayat orang awam.”

Itu pengakuan yang dibuat oleh seorang anggota militan pro-Rusia dari unit kombat Oplot kepada akhbar Itali Corriere della Sera pada Rabu.

Menurut laporan portal tersebut, mereka menerima arahan untuk bergegas ke sebuah lokasi menggunakan sebuah lori dipenuhi muatan senjata dan peluru sejurus selepas satu letupan kedengaran di udara.

Mereka diberitahu bahawa pasukan mereka telah menembak jatuh sebuah pesawat milik puak fasis Kiev.

“Objek-objek putih kelihatan berterbangan di udara. Kami mungkin perlu bertempur untuk mengumpulkan objek-objek terbabit.” ujar anggota Oplot terbabit yang enggan mendedahkan namanya serta nama sekutunya.

Dia turut memberitahu bahawa ketika mereka mencari payung terjun di tanah dan pokok, dia menemui mayat seorang kanak-kanak perempuan yang berusia tidak lebih dari lima tahun.

“Mayat itu tertiarap. Ia sangat mengerikan. Itulah ketikanya saya sedari bahawa pesawat yang ditembak itu ialah sebuah pesawat komersial dan bukan pesawat tentera.

Semua mangsa ialah orang awam. Beberapa beg pakaian mengesahkan jangkaan saya.” tambahnya.

Unit Oplot ini telah berada di lokasi nahas sejak tragedi itu berlaku.

Menurut portalCorriere della Sera, mereka bagaimanapun tidak menunjukkan rasa bersalah apabila mengeluarkan kenyataan bahawa bukan mereka sahaja yang menembak jatuh pesawat terbabit serta tidak mempunyai senjata yang mampu mencapai ketinggian pesawat itu.

“Jenayah ini dilakukan oleh penjahat yang menerima arahan daripada kerajaan Kiev. Salah seorang pejuang mereka mungkin menembak jatuh MH17,” kata mereka.

Pengkuan ini dibuat selepas lima hari pemimpin puak pemisah pro-Rusia Igor Girkin memuat naik di laman sosial bahawa mereka terlibat dengan nahas terbabit dan mereka yang menembak jatuh pesawat malang itu.

Muat naiknya berbunyi: “Kami telah menembak jatuh sebuah AN-26, ia kini berada di sekitar ‘Progress’. Kami telah memberi amaran kepada kamu – jangan terbang di ‘ruang udara kami’. Ini video pengesahan ‘kejatuhan burung’ itu.”

Muat naik itu bagaimanapun dipadam setelah pesawat yang ditembak jatuh itu merupakan sebuah pesawat komersial yang dinaiki orang awam.

0 comments:

share2