Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, July 13, 2014

ISRAEL RANCANG SERANG UTARA GAZA


Israel rancang serang utara Gaza, gesa penduduk tinggalkan rumah

Baitulmaqdis: Israel menggesa penduduk di utara Semenanjung Gaza meninggalkan rumah masing-masing, membayangkan serangan akan dilancarkan selepas askarnya memasuki Gaza awal pagi tadi.

Tentera Udara Israel menggugurkan risalah pagi ini menggesa penduduk meninggalkan rumah masing-masing. 

Jurucakap tentera berkata, pihak tentera akan memulakan operasi "singkat dan sementara" ke atas utara Gaza selepas jam 12 tengah hari waktu tempatan (5 petang waktu Malaysia) hari ini. 

Gesaan itu dibuat selepas askar Israel melancarkan serbuan di utara Gaza bagi memusnahkan apa yang dinyatakan sebagai tapak pelancaran roket. 

Lebih 160 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan enam hari itu.

0 comments:

share2