Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, June 9, 2014

TAHANAN LOKAP IPD KUANTAN MATI SESAK NAFAS



KUANTAN: Seorang tahanan lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan meninggal dunia selepas mengadu sesak nafas petang, semalam. 

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, berkata lelaki berusia 44 tahun yang ditahan pada Khamis lalu, meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan. 

"Lelaki yang berasal dari Kuala Lumpur sebelum itu mengadu sakit dada kepada anggota polis bertugas sebelum kakitangan HTAA tiba di IPD Kuantan kira-kira jam 5.30 petang semalam untuk memberi rawatan awal. 

"Susulan pemeriksaan awal, lelaki terbabit kemudiannya dibawa ke HTAA untuk mendapatkan rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital berkenaan kira-kira jam 6 petang," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Beliau berkata, lelaki itu ditahan di rumahnya, di Jalan Haji Ahmad di sini oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Pahang selepas dipercayai terbabit dalam aktiviti penagihan dadah. 

Katanya, lelaki itu ditahan reman sehingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. 

Katanya, polis masih menunggu laporan bedah siasat terhadap mangsa bagi mengenal pasti punca sebenar kematian dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.



0 comments:

share2