Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, May 3, 2014

SUBWAY BERLANGGAR, 200 CEDERA




Seoul - Kira-kira 200 penumpang cedera dalam kemalangan yang melibatkan dua buah kereta api bawah tanah dekat sini, kata pihak berkuasa tempatan.

Namun tiada kecederaan parah dilaporkan dan penumpang telah menerima rawatan.

Insiden itu berlaku apabila salah sebuah tren itu melanggar tren lain yang sedang berhenti di sebuah stesen di timur Seoul.

Kemalangan yang berlaku pada 3.30 petang waktu tempatan itu di Stesen Sangwangsimni, lapor agensi berita, Yonhap.

Menurut laporan berita itu, tren itu berhenti di stesen berkenaan kerana mengalami masalah teknikal apabila tren kedua melanggar bahagian belakangnya.

Menurut saksi, ramai penumpang yang tidak mengikut arahan yang diumumkan supaya penumpang tidak bergerak malah mereka memaksa membuka pintu tren dan melarikan diri ke landasan.

Salah seorang pegawai rasmi berkata 170 mengadu mengalami pening selepas kejadian itu dan 32 lagi telah dibawa ke hospital berdekatan, namun tiada yang dilaporkan cedera parah, menurut AP.

Sementara itu, menurut Pegawai Kanan Metro Seoul, Chung Soo-Young, siasatan awal mendapati sistem berhenti automatik yang sepatutnya dapat menghalang tren untuk berada dekat dengan kereta api yang lain telah gagal berfungsi.

Katanya, landasan telah melencong sebelum memasuki stesen Sangwangsimni dan pemandu yang bertugas gagal mengesannya lebih awal.

“Apabila pemandu menekan brek secara tiba-tiba, jarak dengan tren yang kedua terlalu hampir dan itu menyebabkan kedua-duanya bertembung,” katanya.

0 comments:

share2