Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, May 3, 2014

KELUARGA RAYU ANAK PULANG




Kuantan - Sepasang suami isteri dari Kampung Kempadang, dekat sini merayu anak gadisnya pulang ke pangkuan mereka selepas keluar rumah tiga minggu lalu bersama tunangnya, Zuhaimi Mohamad, 44.

Pasangan terbabit, Ramlan Abu Hassan, 45, dan Nooraziah Nordin, 50, mendapat tahu anaknya kelua rumah selepas membaca nota ringkas anaknya memaklumkan dia keluar bersama tunang ketika pulang ke rumah kira-kira jam 11 pagi pada 13 Mac lalu.

Katanya, anak gadisnya, Fatin Nursyamimi , 19, sedang melanjutkan pengajian dalam jurusan Pengurusan Teknologi Maklumat semester kedua di Kolej Teknologi Darulnaim di Kelantan dan tidak mempunyai masalah dengan keluarga.

Ramlan berkata, mereka kini sedang membuat persiapan perkahwinan Fatin dan Zuhaimi kerana tarikh sudah ditetapkan pada 7 Jun depan.

“Kami sudah tempah malah semua kelengkapan perkahwinan termasuk kad jemputan sudah disediakan,” katanya.

Menurutnya, Fatin mengenali Zuhaimi setahun lalu sebelum mereka memutuskan untuk bertunang dan mendapat persetujuan keluarga.

Ramlan berkata, dia sudah bertemu ahli keluarga Zuhaimi di Kampung Anak Gajah Batu Balai, Jerantut namun malangnya mereka juga tidak mengetahui keadaan lelaki itu.

Katanya, Zuhaimi, anak kedua dari tujuh beradik itu bekerja sebagai kontraktor dan mengenali Fatin melalui laman sembang WeChat kira-kira setahun lalu.

“Selepas setahun, dia datang rumah dan memberitahu hasratnya untuk memperisterikan Fatin. Pada mulanya saya bantah kerana mahu Fatin tamatkan pengajian terlebih dulu,” katanya.

Bagaimanapun katanya, dia akur dengan hasrat anaknya dan Zuhaimi lalu memberi kata putus supaya mereka bertunang pada 25 Januari lalu.

“Kalau boleh, saya mahu Zuhaimi bawa Fatin pulang ke pangkuan keluarga kerana dia masih belajar,” katanya.

Ramlan berkata, dia sudah banyak kali menghubungi Fatin dan Zuhaimi tetapi gagal dan difahamkan mereka masih di Kuantan.

Risau dengan keselamatan Fatin, Ramlan membuat laporan polis kira-kira jam 5.24 petang pada 14 Mac lalu.

Ramlan berkata, sesiapa yang mengenali Fatin dan Zuhaimi boleh menghubunginya di talian 0139465804 atau isterinya, 0139507117 kerana seluruh keluarga mengharapkan Fatin kembali ke pangkuan mereka.

0 comments:

share2