Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, May 13, 2014

SPEAKER: DUN TERENGGANU TAK BUBAR HARI INI




Shah Alam - Ketika pembubaran Dun Terengganu semakin hebat diperkatakan akan berlaku hari ini, Speaker Dun, Mohd Zubir Embong dalam jawapan ringkasnya berkata "tidak".

Beliau menjawab khidmat pesanan ringkas (SMS) Sinar Harian Online kira-kira jam 3.30 petang tadi.

Sinar Harian Online bertanyakan kemungkinan Dewan akan tetap dibubarkan hari ini ekoran kemelut yang melanda Dun berkenaan.

Terdahulu, beliau sudah menafikan khabar angin yang tersebar luas menerusi SMS dan aplikasi WhatsApp bahawa Dun Terengganu akan dibubarkan hari ini susulan tiga wakil rakyatnya keluar Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Dewan Undangan negeri hanya boleh dibubarkan selepas mendapat perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, katanya kepada Bernama.

"Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mesti menghadap Tuanku Sultan untuk memperkenankan pembubaran Dun Terengganu dan setakat ini ia masih belum berlaku.

"Bagaimana nak bubarkan Dun, sedangkan saya sebagai Speaker Dun pun masih belum terima sebarang surat untuk membubarkannya," tambahnya lagi.

Susulan keluarnya tiga wakil rakyat Umno, komposisi BN di Dun yang mempunyai 32 kerusi kini berkurangan daripada 17 kepada 14 manakala pembangkang mempunyai 15 anggota serta Bebas tiga.

Namun menurut penasihat undang-undang, BN kekal memerintah negeri itu kerana kerusi Speaker juga dikira sebagai satu, menjadikan BN 15 kerusi.

0 comments:

share2