Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, May 2, 2014

MAYAT WARTAWAN DITEMUI




Bangkok - Seorang wartawan terkenal Kanada, yang dilaporkan hilang sejak 14 Feb, akhirnya dijumpai semalam, tetapi dalam keadaan sudah tidak bernyawa di kawasan runtuhan Angkor Wat di Siem Reap, Kemboja.

Berikutan penemuan mayat Dave Walker, 57, itu, polis Kemboja dilaporkan mengepung tempat berkenaan untuk menjalankan siasatan lanjut.

Wartawan berkenaan hilang daripada kediamannya di Siem Reap "dalam keadaan amat mengelirukan", kata kenyataan keluarganya yang dikeluarkan Kelab Pewarta Asing Thailand (FCCT).

Menurut FCCT, Walker, yang tinggal dan bertugas di Bangkok sejak beberapa tahun lepas, popular di kalangan wartawan Asia Tenggara.

Menurut pegawai polis imigresen Siem Reap, siasatan awal mendapati wartawan itu meninggal dunia beberapa minggu lepas.

Keluarga Walker menggesa pihak berkuasa Kemboja terus berusaha untuk mengheret mereka yang bertanggungjawab bagi kematiannya ke muka pengadilan.

"Beliau mengabdikan kehidupannya untuk membawa ke muka pengadilan mereka yang bertanggungjawab bagi kematian lebih dua juta rakyat Kemboja sepanjang 30 tahun beliau bekerja dan tinggal di negara ini. 

"Wartawan ini menjalani kehidupannya dengan cemerlang dan disukai beribu-ribu orang di seluruh dunia. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Kemboja kerana kecintaan yang mereka tunjukkan kepada Dave. 

"Seperti Dave, berpuluh ribu rakyat Kemboja mati dalam keadaan kejam dan tragik," kata kenyataan itu.

0 comments:

share2