Rantau Panjang – “Rakan-rakan sering mengejek saya kerana mempunyai nama bapa berlainan,” kata seorang kanak-kanak yang terpaksa berbinkan Abdullah kerana masalah pendaftaran, tujuh tahun lalu.
Kanak-kanak, Nor Shahrul Iqwan Abdullah, 7 berkata, jika ditanya guru, dia lebih suka menyebut nama penuh dan berbinkan bapanya, Tengku Rizan Tengku Muda.
Menurutnya, bapanya meninggal dunia tahun lalu, namun dia masih mengingati semua kenangan bersama ketika kecil.
Sementara itu, nenek, Maznah Mahmood, 57, berkata, dua cucunya terpaksa berbinkan Abdullah kerana timbul masalah semasa mendaftarkan nama selepas dilahirkan.
Menurutnya, disebabkan anak perempuannya berkahwin di Thailand, maka pendaftaran dua anak mereka tidak dapat disahkan.
“Saya simpan semua surat pengesahan termasuk buku rawatan dan surat lahir. Namun dua cucu saya terpaksa dibinkan dengan Abdullah.
“Saya risau ia akan menimbulkan masalah lain pada masa depan, membabitkan persekolahan ataupun perkahwinan mereka kelak,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Meranti di sini, semalam.
Maznah berkata, kematian menantunya pada hujung tahun lalu menyukarkan lagi proses menukar nama dua cucunya itu.
Selain dua cucu, Maznah turut menyara dua anak yang masih bersekolah di tingkatan tiga dan tahun enam.
“Saya sudah menghantar permohonan untuk pertukaran nama dan memohon ia diluluskan segera,” katanya.
0 comments:
Post a Comment