Kuantan, 12hb Mei 2014 - Larian Half Marathon, Kuantan bermula seawal 6.00 pagi di Taman Teruntum, Kuantan.
Seramai lebih 2,000 peserta termasuk antara bangsa telah menyertai acara berkenaan yg terbahagi kepada beberapa kategori.
Larian juga terbahagi kepada 2 jarak berbeza iaitu 21KM dan 10 KM. Bibahagikan juga kepada beberapa kategori antaranya terbuka dan veteran.
Pelepasan larian dilakukan oleh En. Ishak Mohktar, Pengurus Besar Perbadanan Bukit Fraser (Pelancongan Pahang) dan Majlis Penutup dilakukan oleh YB. Dato' Mohd Sharkar Shamsudin, Pengerusi Exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang.
Penyertaan antara bangsa terdiri dari beberapa peserta dari negara Singapura, Germany serta US.
Bercakap kepada media, Dato' Mohd Sharkar mensasarkan penyertaan lebih dari 5, 000 peserta pada tahun akan datang serta penglibatan lebih ramai lagi peserta dari peringkat antara bangsa.
0 comments:
Post a Comment