Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, May 12, 2014

LEBIH 100 AHLI KECEWA TIDAK DAPAT MENGUNDI




Hulu Selangor - Lebih 100 ahli PKR kesal kerana nama mereka tidak tersenarai dalam daftar pemilih pada pemilihan PKR Cabang Hulu Selangor, semalam.

Kebanyakan mereka merupakan pengundi berdaftar dan telah mengundi pada pemilihan pertama tahun 2010.

S. Dana Letchumy, 30, berkata, namanya tidak tersenarai dalam daftar pemilih menyebabkan dia gagal menunaikan tanggungjawab sebagai ahli yang telah menyertai PKR sejak 2008.

“Kebanyakan yang tidak ada nama dari Ladang Nigel Gardner. Masa daftar di luar memang tidak ada nama.

“Kata seorang urus setia pendaftaran, kemungkinan terdapat lebih 200 ahli PKR yang tidak mempunyai nama,” katanya.

Menurut Dana Letchumy, adiknya pula dapat didaftarkan di kaunter pendaftaran di luar pusat pemilihan, namun pelik kerana tidak dibenarkan mengundi setelah namanya tidak tersenarai dalam buku daftar pemilih yang dikeluarkan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).

“Dia daftar di luar ada nama, tapi bila masuk di dalam tak ada nama.

“Kesallah saya kalau begini sebab dari awal pagi kami datang sini, anak-anak tinggalkan di rumah tapi sampai sini tak boleh undi,” katanya.

N Sarajani, 65, pula mengandaikan dirinya seperti dibuang daripada parti kerana tidak dapat mengundi.

“Tahun lepas ada undi tapi macam mana tahun ini tak ada nama.

“Saya datang jauh-jauh tapi sampai sini duduk di luar saja tidak boleh undi,” katanya.

0 comments:

share2