Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, May 23, 2017

[KUANTAN] PROJEK TAMAN PERINDUSTRIAN MARITIM TANJUNG AGAS DALAM RUNDINGAN: MB PAHANG




“Projek Taman Perindustrian Maritim Tanjung Agas masih dalam rundingan dengan pelabur yang berpotensi bagi mempastikan ia  memberi pulanghan terbaik.”

Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Diraja Adnan Yaakob berkata Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) dan rakan-rakan strategiknya sentiasa berundingan dalam pembangunan Tanjung Agas bagi mencapai kefahaman terbaik dengan pelabur.

“Projek Tanjung Agas bukan “Gajah Putih” kerana ia masih dalam proses pembangunan dan tidak terbengkalai. Kita hanya perlu bersabar sedikit masa lagi mencapai persetujuan dengan pelabur terbaik bagi melaksanakan pembangunannya.”

"Apa yang utama ialah kita sentiasa meneliti perkembangan semasa dan memastikan pelaburan yang dibuat berbaloi dan memberi manfaat kepada rakyat," kata beliau pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Rantaian Perbekalan Wilayah Pantai Timur di Pusat Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini, hari ini.

Pahang merupakan penerima kedua tertinggi bagi pelaburan yang dilaksanakan di kawasan wilayah pantai timur, selepas Terengganu.        

Sehingga Disember 2016, sejumlah 413 projek perkilangan telah dilaksanakan. Ini bernilai RM27.8 bilion dan mewujudkan lebih 44,940 pekerjaan di negeri ini.  
      
“Prestasi kukuh ini didorong oleh pertumbuhan teguh Pahang dalam sektor perkilangan, yang menyumbang hampir 50 peratus kepada jumlah pelaburan," kata beliau.

         

0 comments:

share2