Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, April 11, 2014

TIAN CHUA TARIK DIRI TANDING TIMBALAN PRESIDEN PKR




Kuala Lumpur: Naib Presiden PKR, Chua Tian Cheng atau Tian Chua menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden parti itu pada pemilihan pimpinan PKR yang akan bermula hujung bulan ini.

Tian berkata dengan keputusan itu beliau memutuskan untuk mempertahankan jawatan naib presiden PKR yang disandangnya sejak 2010.

Beliau juga menyatakan tidak akan menyebelahi mana-mana kumpulan dalam pemilihan nanti biarpun yakin dengan kemampuan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang bertanding jawatan nombor dua parti itu.

"Saya dah berjumpa dengan hampir semua calon yang tawar diri bertanding jawatan timbalan untuk berbincang dan terangkan misi dan visi saya.

"Saya sudah lama mengenali Saifuddin dan yakin beliau seorang pemimpin yang berkemampuan untuk membawaagendaparti seperti saya yang perjuangkan," katanya pada sidang media khas di sebuahhotel, di sini, semalam.

Turut hadir pada sidang media tersebut ialah calon timbalan presiden, Saifudin bersama calon naib presiden Nurul Izzah Anwar, Fuziah Salleh dan Rafizi Ramli.

Dengan pengunduran Tian, perebutan untuk jawatan timbalan presiden PKR kini ditandingi lima calon termasuk tiga calon heavyweight iaitu Saifuddin, penyandang jawatan Mohd Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dua calon lain ialah Datuk K. Ramachandram dan S. Murali.

0 comments:

share2